Translate

Tuesday, 21 April 2015


LATAR BELAKANG ORGANISASI

Pengenalan syarikat

Pejabat Tanah dan Daerah Selama merupakan sebuah jabatan kerajaan yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan pengurusan pentadbiran tanah.  Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah berkaitan dengan Pembangunan dan Perundangan Tanah, Penguatkuasaan, Urusan Pendaftaran, Kawal selia Hak milik Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai Tanah.

Perkhidmatan di bawah aktiviti Pembangunan dan Perundangan Tanah termasuklah Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan/Bahagian Tanah, Pengambilan Balik Tanah, Pelupusan Tanah (Beri milik dan Lesen Pendudukan Sementara).

Aktiviti Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan kawal selia ke atas tanah-tanah yang tertakluk kepada beberapa Akta Pemeliharaan Tanah 1960, Warta Tali air, Enakmen air dan lain-lain, manakala aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat Hak milik dan Pendaftaran Urus niaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan pendaftaran bukan urus niaga (i.e Kaveat).

Selain itu satu unit yang di namakan Unit Hak milik masih lagi dikekalkan di mana unit ini bertanggungjawab untuk menukar saki baki surat cara lama kepada Suratan Hak milik baru di bawah Kanun Tanah Negara.


Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa adalah selaras dengan hasrat untuk terus menggerakkan pembangunan Hartanah Negeri Perak oleh sektor kerajaan dan swasta.  Saya percaya urusan-urusan pentadbiran tanah yang licin dan cepat adalah merupakan pemangkin utama kepada pembangunan hartanah di negeri ini.
Carta Organisasi Syarikat



Sejarah penubuhan syarikat

Bangunan Pejabat Daerah Dan Tanah Selama terdiri dari 1 blok bangunan dua tingkat dibina di atas kawasan satu ekar persegi dengan ruang lantai 800 meter persegi. Bangunan ini dibina dengan kos RM1.945 juta. Peruntukan Kerajaan Persekutuan RM1.5 juta dan bakinya dari peruntukan Kerajaan Negeri.

Ianya mula dibina pada 28 Ogos 1995, siap dibina pada 31 Mei 1997 dan mula diduduki pada 15 September 1997. Pejabat ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28.06.1999.

Bangunan baru yang dibina adalah lebih luas dan lebih selesa. Pembahagian bahagian-bahagian adalah di tingkat bawah ialah Pejabat Tanah. Di tingkat satu pula ialah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Manakala di tingkat tiga ialah Bahagian Pembangunan Luar Bandar dan Bilik Gerakan.
AKTIVITI SYARIKAT

PENTADBIRAN AM DAN KEWANGAN

Fungsi

     Fungsi utama bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan  ialah untuk menyediakan anggaran belanjawan dan segala laporan kewangan di Pejabat Daerah Dan Tanah Selama. Bahagian  Pentadbiran Am dan Kewangan juga memastikan bekalan dan perkhidmatan dibayar dan dijelaskan kepada pembekal mengikut peraturan dalam arahan perbendaharaan yang telah diberi. Selain itu,bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan menguruskan hal-hal kewangan dan pentadbiran pejabat. Semua jenis bil yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Selama ditentukan oleh bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan.

Seterusnya, bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan merancang dan mengatur latihan bagi keseluruhan kakitangan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecekapan. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam mewujudkan kakitangan yang berdisiplin, memupuk semangat kerjasama dan persefahaman di dalam serta di luar organisasi. Selain itu, bahagian ini melaksanakan program yang berkaitan dengan kutipan Ansuran Rumah Awam, Penyata Hasil Am dan Bayaran Pencen Bekas Perajurit. Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan juga memproses dan menentukan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan lain-lain tuntutan yang layak dituntut dan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.


 UNIT KEWANGAN

Fungsi
            
     Fungsi Unit Kewangan ialah mengawal perbelanjaan dan peruntukan serta menjawab segala teguran daripada pihak AUDIT, Perbendaharaan, Y.B Kewangan Negeri, dan lain-lain.

  
UNIT PENTADBIRAN AM

Fungsi
            
     Fungsi Unit Pentadbiran Am ialah memproses Permohonan Lesen seperti Lesen Menduduki Sementara, Lesen Hiburan dan Lesen Permit Bahan Batu. Unit Pentadbiran Am juga sebagai Urusetia perayaan-perayaan Daerah & Negeri. Bahagian ini turut mengurus sambutan bagi majlis Rasmi Kerajaan Peringkat Negeri dan Daerah serta Lawatan Rasmi Di Raja dan Orang-Orang Kenamaan. Selain itu, Unit Pentadbiran Am mengurus dan memproses surat-menyurat dan fail.

UNIT PERKHIDMATAN

Fungsi

            
     Fungsi Unit Perkhidmatan ialah mengurus segala hal ehwal perjawatan, persaraan, peperiksaan, kursus, cuti, tatatertib, latihan dalam perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan. Unit Perkhidmatan juga menerima bayaran serta mengeluarkan lesen atau resit mengikut jenis aktiviti. Selain itu, Unit Perkhidmatan menerima dan mengutip ansuran Rancangan Perumahan Awam. Unit ini juga mengemaskini Rekod atau Buku Lejar Kutipan. Disamping itu, unit ini memproses bayaran balik wang cagaran.
PEJABAT TANAH

Fungsi
            
     Fungsi Pejabat Tanah ialah memungut hasil tanah, merancang pemberian milik tanah kerajaan dan mengurus pendaftaran urusniaga. Pejabat Tanah juga mengurus permohonan pengambilan balik tanah, tukar syarat, pecah bahagian atau sempadan, kebenaran pindahmilik dan gadaian oleh Y.A.B Menteri Besar Perak serta Perintah Lelong. Disamping itu, Pejabat Tanah mengawal pelanggaran syarat ke atas tanah-tanah milik dan juga mengawal penerokaan haram ke atas tanah kerajaan.

            Selain itu, Pejabat Tanah juga menguruskan permohonan penyelesaian Harta Pesaka Kecil. Pejabat Tanah turut menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan. Seterusnya, Pejabat Tanah juga menentukan pengurusan tanah di seluruh Daerah Kecil Lenggong dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka juga menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.

UNIT PELUPUSAN TANAH

Fungsi
           
     Fungsi Unit Pelupusan Tanah ialah memproses permohonan pemberian milik tanah, perizaban dan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ). Unit Pelupusan Tanah juga memproses permohonan melombong.


UNIT TEKNIKAL

Fungsi
            
     Fungsi Unit Teknikal ialah menyediakan laporan tanah bagi semua jenis permohonan.  Unit Teknikal juga mengambil tindakan ke atas Pendudukan secara tidak sah ke atas tanah kerajaan, rezab dan tanah lombong. Pengeluaran dan pengalihan bahan-bahan batu secara tidak sah. Pelanggaran Syarat tanah bermilik.

UNIT PENDAFTARAN

Fungsi
            
     Fungsi Unit Pendaftaran ialah mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara / Kekal / Sambungan / Ganti. Unit Pendaftaran juga mengeluarkan Carian Rasmi atau Carian Persendirian. Selain itu, Unit Pendaftaran menguruskan Pendaftaran Pindahmilik/ Pesaka / Gadaian / Melepasan Gadaian / Pajakan / Melepaskan Pajakan. Unit ini juga menguruskan Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah / Mengadai. Disamping itu, Unit Pendaftaran menguruskan Permohonan memasukan Kaveat.

UNIT BICARAKUASA

Fungsi
           
     Fungsi Unit Bicarakuasa ialah memproses permohonan bicarakuasa. Unit Bicarakuasa juga memproses Permohonan Perintah Jual atau Lelong.

UNIT HASIL

Fungsi
            
     Fungsi Unit Hasil ialah mengutip bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran. Unit Hasil juga meningkatkan kutipan cukai tanah dan mengurangkan tunggakan cukai tanah.

UNIT PEMBANGUNAN TANAH

Fungsi
            
     Fungsi Unit Pembangunan Tanah ialah memproses permohonan Permit Bahan Batu. Unit Pembangunan Tanah juga memproses permohonan Tukar Syarat. Selain itu, unit ini memproses permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan. Unit ini juga memproses permohonan Pengambilan Tanah.

UNIT PELUKIS PELAN

Fungsi

            
     Fungsi Unit Pelukis Pelan ialah mencatat Laporan Awal untuk semua permohonan Tanah, Permit dan Galian. Unit Pelukis Pelan juga menyediakan laporan pelukis pelan, membuat 'carting' dan merekod ke dalam Buku Carta untuk semua permohonan tanah, permit dan galian. Selain itu, unit ini menguruskan permohonan melihat, membeli dan mendapatkan pelan tanah. Unit ini juga menyediakan pelan untuk ulasan atau rujukan jabatan teknikal, pelan kertas mesyuarat JKTD / MMK, pelan PU & HSM, DHDK / DHKK, perin mencarta dan lain-lain pelan yang berkaitan urusan Pejabat Tanah. Disamping itu, Unit Pelukis Pelan mengawasi dan mengemaskini pelan litho, pelan topo dan lain- lain pelan.
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Fungsi
            
     Fungsi bahagian Pembangunan Luar Bandar ialah menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan dengan merancang dan melaksanakan program-program seperti Projek-projek Kecil Negeri, Projek-projek Kecil Persekutuan dan Projek-projek Kecil Wakil Rakyat ( Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN )). Bahagian Pembangunan Luar Bandar juga mengendalikan dan memproses pembayaran bagi projek-projek yang telah siap sempurna mengikut peraturan yang telah ditetapkan.


Selain itu, bahagian Pambangunan Luar Bandar turut menyediakan perkhidmatan seperti menyelaras dan merancang projek-projek pembangunan daerah. Pembangunan Luar Bandar juga melaksanakan projek-projek tahunan Sosia-ekonomi Luar Bandar. Bahagian ini juga turut membantu menyelaras Program PPRT. Disamping itu, bahagian Pembangunan Luar Bandar mengenal pasti dan memajukan tempat-tempat rekreasi serta pelancongan domestik. Bahagian Pembangunan Luar Bandar juga mengadakan program-program pembangunan muda penduduk Luar Bandar.
Visi dan Misi Syarikat



Visi Syarikat



Visi Pejabat Daerah Dan Tanah Selama ialah menjadikan pejabat daerah dan tanah selama sebuah pejabat yang terunggul di negeri Perak Darul Ridzuan dan di antara yang terbaik di Malaysia selaras dengan kehendak dasar kerajaan dan wawasan 2020.


Misi Syarikat

Misi Pejabat Daerah Dan Tanah Selama ialah berusaha untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi mencapai tahap aduan sifar.