Translate

Tuesday, 21 April 2015

PEJABAT TANAH

Fungsi
            
     Fungsi Pejabat Tanah ialah memungut hasil tanah, merancang pemberian milik tanah kerajaan dan mengurus pendaftaran urusniaga. Pejabat Tanah juga mengurus permohonan pengambilan balik tanah, tukar syarat, pecah bahagian atau sempadan, kebenaran pindahmilik dan gadaian oleh Y.A.B Menteri Besar Perak serta Perintah Lelong. Disamping itu, Pejabat Tanah mengawal pelanggaran syarat ke atas tanah-tanah milik dan juga mengawal penerokaan haram ke atas tanah kerajaan.

            Selain itu, Pejabat Tanah juga menguruskan permohonan penyelesaian Harta Pesaka Kecil. Pejabat Tanah turut menentukan supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan. Seterusnya, Pejabat Tanah juga menentukan pengurusan tanah di seluruh Daerah Kecil Lenggong dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan. Mereka juga menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan sistematik.

UNIT PELUPUSAN TANAH

Fungsi
           
     Fungsi Unit Pelupusan Tanah ialah memproses permohonan pemberian milik tanah, perizaban dan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ). Unit Pelupusan Tanah juga memproses permohonan melombong.


UNIT TEKNIKAL

Fungsi
            
     Fungsi Unit Teknikal ialah menyediakan laporan tanah bagi semua jenis permohonan.  Unit Teknikal juga mengambil tindakan ke atas Pendudukan secara tidak sah ke atas tanah kerajaan, rezab dan tanah lombong. Pengeluaran dan pengalihan bahan-bahan batu secara tidak sah. Pelanggaran Syarat tanah bermilik.

UNIT PENDAFTARAN

Fungsi
            
     Fungsi Unit Pendaftaran ialah mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara / Kekal / Sambungan / Ganti. Unit Pendaftaran juga mengeluarkan Carian Rasmi atau Carian Persendirian. Selain itu, Unit Pendaftaran menguruskan Pendaftaran Pindahmilik/ Pesaka / Gadaian / Melepasan Gadaian / Pajakan / Melepaskan Pajakan. Unit ini juga menguruskan Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah / Mengadai. Disamping itu, Unit Pendaftaran menguruskan Permohonan memasukan Kaveat.

UNIT BICARAKUASA

Fungsi
           
     Fungsi Unit Bicarakuasa ialah memproses permohonan bicarakuasa. Unit Bicarakuasa juga memproses Permohonan Perintah Jual atau Lelong.

UNIT HASIL

Fungsi
            
     Fungsi Unit Hasil ialah mengutip bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran. Unit Hasil juga meningkatkan kutipan cukai tanah dan mengurangkan tunggakan cukai tanah.

UNIT PEMBANGUNAN TANAH

Fungsi
            
     Fungsi Unit Pembangunan Tanah ialah memproses permohonan Permit Bahan Batu. Unit Pembangunan Tanah juga memproses permohonan Tukar Syarat. Selain itu, unit ini memproses permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan. Unit ini juga memproses permohonan Pengambilan Tanah.

UNIT PELUKIS PELAN

Fungsi

            
     Fungsi Unit Pelukis Pelan ialah mencatat Laporan Awal untuk semua permohonan Tanah, Permit dan Galian. Unit Pelukis Pelan juga menyediakan laporan pelukis pelan, membuat 'carting' dan merekod ke dalam Buku Carta untuk semua permohonan tanah, permit dan galian. Selain itu, unit ini menguruskan permohonan melihat, membeli dan mendapatkan pelan tanah. Unit ini juga menyediakan pelan untuk ulasan atau rujukan jabatan teknikal, pelan kertas mesyuarat JKTD / MMK, pelan PU & HSM, DHDK / DHKK, perin mencarta dan lain-lain pelan yang berkaitan urusan Pejabat Tanah. Disamping itu, Unit Pelukis Pelan mengawasi dan mengemaskini pelan litho, pelan topo dan lain- lain pelan.

No comments:

Post a Comment