Translate

Tuesday, 21 April 2015

Contoh-contoh mesin pejabat
           
1) MESIN FOTOSTAT

                                                       Mesin Fotostat

 Pengenalan

Mesin fotostat ialah mesin yang membuat salinan kertas dokumen dan imej visual dengan cepat dan murah.Mesin fotostat yang canggih dapat menghasilkan salinan yang baik dan bermutu tinggi. Akan tetapi mesin sebegini memerlukan kos yang agak tinggi tetapi ia dapat menghasilkan salinan yang baik dan bermutu tinggi.Selain itu, kerja penyalinan merupakan kerja yang mudah dan berkesan.Hasil penyalinan dapat dibuat semula dengan kadar yang lebih pantas dan dapat mengeluarkan salinan dengan lebih terang seakan-akan sama dengan salinan yang asal atau menampakkan ciri kualiti yang serupa dengan yang asal.


Fungsi


Fungsi mesin fotostat di pejabat ialah menyalin semua jenis dokumen untuk di panjangkan ke jabatan lain. Mesin fotostat mampu membuat salinan dengan jumlah yang lebih banyak dengan kadar masa yang lebih cepat sama seperti salinan asal. Dengan ini ia akan memudahkan ramai pihak untuk mendapatkan salinan atau kenyataan yang diperlukan tanpa perlu untuk menaip atau menulis semula. Selain itu, mesin fotostat yang lebih moden yang mempunyai “microprocessor” pusat yang boleh mengawal semua fungsi menyalin bagi memastikan sebarang masalah yang mungkin timbul dan mengelakkan pembaziran.

No comments:

Post a Comment