KOMEN / CADANGAN
Pengenalan
Pejabat
Tanah dan Daerah Selama merupakan sebuah jabatan kerajaan yang fungsi utamanya
ialah berkaitan dengan pengurusan pentadbiran tanah. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan
ialah berkaitan dengan Pembangunan dan Perundangan Tanah, Penguatkuasaan,
Urusan Pendaftaran, Kawal selia Hak milik Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai
Tanah.
Perkhidmatan
di bawah aktiviti Pembangunan dan Perundangan Tanah termasuklah
Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah, Pecah Sempadan/Bahagian Tanah,
Pengambilan Balik Tanah, Pelupusan Tanah (Beri milik dan Lesen Pendudukan
Sementara).
Aktiviti
Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan kawal selia ke atas tanah-tanah yang
tertakluk kepada beberapa Akta Pemeliharaan Tanah 1960, Warta Tali air, Enakmen
air dan lain-lain, manakala aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat
Hak milik dan Pendaftaran Urus niaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan
pendaftaran bukan urus niaga (i.e Kaveat).
Selain
itu satu unit yang di namakan Unit Hak milik masih lagi dikekalkan di mana unit
ini bertanggungjawab untuk menukar saki baki surat cara lama kepada Suratan Hak
milik baru di bawah Kanun Tanah Negara.
Perkhidmatan-perkhidmatan
ini disediakan dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa adalah selaras
dengan hasrat untuk terus menggerakkan pembangunan Hartanah Negeri Perak oleh
sektor kerajaan dan swasta. Saya percaya
urusan-urusan pentadbiran tanah yang licin dan cepat adalah merupakan pemangkin
utama kepada pembangunan hartanah di negeri ini.
- KETIDAKJELASAN TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI
Taklimat
latihan industri yang disampaikan kepada pelajar yang akan menjalani latihan
industri ternyata tidak jelas. Hal ini
membuatkan para pelajar masih tidak mengetahui langkah-langkah untuk memohon
tempat latihan industri mereka. Hal ini
menyebabkan ada segelintir pelajar yang lewat memohon tempat untuk mereka
menjalani latihan industri. Oleh hal
yang sedemikian pegawai latihan industri haruslah menjelaskan dengan lebih
teliti tentang prosedur menjalani latihan industri supaya pelajar lebih mudah
untuk melaksanakan langkah-langkah yang terbaik agar mereka mendapat tempat
yang terbaik untuk menjalani latihan industri.
- KETIDAKJELASAN MENGENAI FORMAT LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Pihak
politeknik tidak menerangkan kepada para pelajar yang akan menjalani latihan
industri mengenai format laporan latihan industri. Oleh sebab itu para pelajar tidak mengetahui
cara-cara untuk menghasilkan laporan latihan industri dan amat merumitkan para
pelajar. Oleh hal yang sedemikian para
pensyarah haruslah mengambil langkah ini supaya mencari masa yang sesuai untuk
menerangkan kepada para pelajar mengenai format laporan latihan industri dengan
lebih jelas supaya mereka dapat menyiapkan laporan latihan industri tersebut
dengan lebih mudah dan lengkap.
Cadangan kepada politeknik
- MENYEDIAKAN PILIHAN FIRMA KEPADA PELAJAR MENGIKUT KURSUS
Pihak
politeknik haruslah mendedahkan kepada pelajar yang akan menjalani latihan
industri senarai-senarai firma yang boleh dipilih oleh pelajar mengikut kos
masing-masing. Jadi, pelajar dapat
memilih firma yang disarankan oleh pihak politeknik. Oleh itu, pelajar sudah pasti tidak tersalah
memilih firma. Kebanyakan pelajar
memilih firma yang tidak ada kena mengena dengan kos yang mereka belajar di
politeknik. Jika pihak politeknik dapat
memberi saranan senarai firma mengikut kos kepada pelajar sudah pasti pelajar
akan dapat mempraktikkan apa yang mereka belajar di politeknik ketika bekerja
di firma masing-masing.
- PEMANTAUAN PENYELIA AKADEMIK (PA) KELAS KETIKA PELAJAR MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
Peranan
penyelia akademik perlu diteruskan ketika pelajar sedang menjalani latihan
industri di semester 4. Penyelia akademik
perlu sentiasa memastikan anak didiknya dalam keadaan yang baik sewaktu
menjalani latihan industri. Jika pelajar
mempunyai masalah mengenai latihan industri mereka boleh merujuk kepada
penyelia akademik. Penyelia akademik
perlulah berperanan untuk membantu pelajar ketika dalam masalah mengenai
latihan industri. Oleh itu pelajar lebih
mudah untuk menyelesaikan masalah mengenai latihan industri iaitu hanya
berhubung dengan penyelia akademik sahaja.
Komen kepada firma
- KEKURANGAN KERJA YANG DIBERI KEPADA PELAJAR
Pihak firma kurang memberi
kerja kepada pelajar praktikal. Oleh
sebab itu, pelajar tidak tahu tugas sebenar mereka. Hal ini menyebabkan pelajar berasa bosan
untuk hadir ke tempat kerja. Jadi, pihak
firma seharusnya memberi kerja-kerja yang harus dilakukan oleh pelajar
praktikal pada setiap hari. Hal ini
sudah pasti dapat mengisi kekosongan masa pelajar di tempat kerja.
- KEKURANGAN TUNJUK AJAR MENGENAI KERJA-KERJA PEJABAT
Pihak firma kurang memberi
tunjuk ajar mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan di pejabat. Hal ini menyebabkan pelajar kurang mendapat
pengetahuan mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan. Jika setiap staf rajin menceritakan skop-skop
kerja mereka masing-masing kepada pelajar sudah pasti pelajar akan memperoleh
pelbagai pengetahuan mengenai kerja-kerja pejabat. Hal ini sudah pasti dapat menambahkan ilmu
pelajar tersebut dan dapat dipraktikkan dalam alam pekerjaan nanti.
Cadangan kepada firma
- MENYEDIAKAN MEJA DAN KELENGKAPAN KOMPUTER KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL
Pihak firma seharusnya
menyediakan meja dan kelengkapan komputer kepada kerja di firma pelajar praktikal supaya
mereka lebih mudah untuk melaksanakan kerja-kerja yang disuruh. Pelajar juga tidak akan mengganggu staf-staf
lain untuk membuat kerja. Pelajar tidak
perlu menggunakan komputer atau printer daripada staf lain. Pelajar lebih mudah untuk melakukan kerja
kerana segala peralatan telah tersedia kepada pelajar praktikal.
No comments:
Post a Comment