Laporan Teknikal 2
Pengendalian mesin pejabat
Pengenalan
Sesebuah
pejabat memerlukan mesin pejabat untuk mengendalikan urusan
sehariannya.Terdapat berbagai-bagai jenis mesin pejabat, dari yang paling murah
hingga kepada yang paling mahal. Mesin tersebut adalah diperlukan untuk
kegunaan semua pejabat tidak kira sama ada ianya pejabat kecil ataupun pejabat
besar. Seseorang pengurus pejabat itu haruslah mengetahui akan kelebihan dan
kekurangan dalam menggunakan mesin pejabat dan arif pula mengenai prosedur yang
perlu diikuti sama ada dengan menyewa atau membeli mesin tersebut.
Faedah penggunaan mesin pejabat
Faedah penggunaan mesin pejabat adalah mesin
dapat digunakan untuk menjimatkan tenaga buruh dan pekerja. Mesin juga dapat menjimatkan
masa para pekerja berbanding denganmenggunakan tenaga manusia.Di samping itu, mesin
yang digunakan hendaklah menepati masa dan suasana mengikut perubahan teknologi
terkini.Selain itu,mesin yang digunakan merupakan alat untuk kemudahan yang
boleh digunakan oleh semua jabatan dalam sesebuah organisasi.
No comments:
Post a Comment