AKTIVITI SYARIKAT
Fungsi
Fungsi utama bahagian Pentadbiran Am dan
Kewangan ialah untuk menyediakan
anggaran belanjawan dan segala laporan kewangan di Pejabat Daerah Dan Tanah
Selama. Bahagian Pentadbiran Am dan
Kewangan juga memastikan bekalan dan perkhidmatan dibayar dan dijelaskan kepada
pembekal mengikut peraturan dalam arahan perbendaharaan yang telah diberi. Selain
itu,bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan menguruskan hal-hal kewangan dan
pentadbiran pejabat. Semua jenis bil yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah Dan
Tanah Selama ditentukan oleh bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan.
Seterusnya, bahagian Pentadbiran Am dan
Kewangan merancang dan mengatur latihan bagi keseluruhan kakitangan untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecekapan. Bahagian ini juga bertanggungjawab
dalam mewujudkan kakitangan yang berdisiplin, memupuk semangat kerjasama dan
persefahaman di dalam serta di luar organisasi. Selain itu, bahagian ini melaksanakan program
yang berkaitan dengan kutipan Ansuran Rumah Awam, Penyata Hasil Am dan Bayaran
Pencen Bekas Perajurit. Bahagian Pentadbiran Am dan Kewangan juga memproses dan
menentukan semua bayaran gaji, elaun-elaun dan lain-lain tuntutan yang layak
dituntut dan diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
UNIT KEWANGAN
Fungsi
Fungsi Unit Kewangan ialah mengawal
perbelanjaan dan peruntukan serta menjawab segala teguran daripada pihak AUDIT,
Perbendaharaan, Y.B Kewangan Negeri, dan lain-lain.
UNIT PENTADBIRAN AM
Fungsi
Fungsi Unit Pentadbiran Am ialah
memproses Permohonan Lesen seperti Lesen Menduduki Sementara, Lesen Hiburan dan
Lesen Permit Bahan Batu. Unit Pentadbiran Am juga sebagai Urusetia perayaan-perayaan
Daerah & Negeri. Bahagian ini turut mengurus sambutan bagi majlis Rasmi
Kerajaan Peringkat Negeri dan Daerah serta Lawatan Rasmi Di Raja dan
Orang-Orang Kenamaan. Selain itu, Unit Pentadbiran Am mengurus dan memproses
surat-menyurat dan fail.
UNIT PERKHIDMATAN
Fungsi
Fungsi
Unit Perkhidmatan ialah mengurus segala hal ehwal perjawatan, persaraan,
peperiksaan, kursus, cuti, tatatertib, latihan dalam perkhidmatan dan lain-lain
yang berkaitan. Unit Perkhidmatan juga menerima bayaran serta mengeluarkan
lesen atau resit mengikut jenis aktiviti. Selain itu, Unit Perkhidmatan menerima
dan mengutip ansuran Rancangan Perumahan Awam. Unit ini juga mengemaskini Rekod
atau Buku Lejar Kutipan. Disamping itu, unit ini memproses bayaran balik wang
cagaran.
No comments:
Post a Comment