Translate

Tuesday, 21 April 2015

KESIMPULAN


     Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Pejabat Daerah Dan Tanah Selama, pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di organisasi ini secara tidak langsung pelatih jugatelah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat.

     Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelatih sebagai pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi. Pelajar juga dapat mengenal pasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif, inovatif serta berkualiti

     Sepanjang tempoh latihan di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, pelajar dapat mengenal pasti beberapa kekuatan dan kelemahan organisasi ini. Walau bagaimanapun, kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki. Prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Perancangan, penyelarasan dan kawalan adalah penting bagi menyelaraskan semua tugas.

     Sesebuah organisasi yang mantap dan cemerlang mesti efisien dan efektif dalam membuat sesuatu keputusan dan perancangan dan ini merupakan prinsip utama dalam sesebuah pengurusan organisasi yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai sebuah organisasi yang sentiasa berurusan dan memberi khidmat penyelenggaraan kepada pelanggan, haruslah memberi perkhidmatan yang berkualiti, pantas, mesra pelanggan serta menunjukkan budaya kerja yang mencerminkan keperibadian yang mulia pada pandangan masyarakat.

     Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga, pelajar dapat dilatih untuk menjadi seorang yang berdisplin dan menepati masa semasa kerja. Kemahiran berkomunikasi juga dapat dipraktikkan antara pelatih dan kakitangan. Latihan ini juga telah mendedahkan pelajar mengenai semangat kerja secara berpasukan dan bertukar-tukar pendapat serta idea dengan kakitangan yang lain.

     Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang menjalani Latihan Industri yang ianya berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting ialah individu tersebut mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi, supaya pengalaman yang di peroleh dapat dimanfaatkan pada masa akan datang

     Melalui Latihan Industri ini, jelaslah bahawa objektif Latihan telah tercapai sepanjang latihan dijalankan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang latihan ini sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan di masa akan datang. Latihan sebegini juga telah dapat dan akan melahirkan seorang graduan yang berpengetahuan dan berkeperibadian yang tinggi untuk merealisasikan wawasan negara menjelang tahun 2020.

No comments:

Post a Comment