Translate

Tuesday, 21 April 2015

Laporan Teknikal 1

Pengurusan khidmat pelanggan

Membuka kaunter BR1M 

Pengenalan
           
     Dalam bahagian pengurusan khidmat pelanggan, saya diberi tugas untuk membuka kaunter BR1M bermula 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014. BR1M ialah Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang merupakan idea dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.



Cara kerja


     Dalam tugasan yang telah diberi saya memulakan tugas dengan membuka kaunter BR1M bersama rakan-rakan praktikal bermula 8 pagihingga 5 petang. Semasa membuka kaunter BR1M tersebut kami mengedar borang kemaskini dan permohonan baru kepada pemohon. Di samping itu, kami dikehendaki member penerangan cara mengisi borang dengan lengkap serta dokumen penting yang perlu dikepilkan. Kemudian, kami harus menerima dan meneliti borang yang telah lengkap diisi oleh pemohon. Setelah disemak kami akan mengecop dan mengesahkan borang-borang yang telah lengkap diisi. Kami juga memastikan semua dokumen-dokumen penting dikepilkan bersama borang seperti salinan IC dansalinan akaun bank.Setelah disahkan kami dikehendaki untuk memotong dan menyerahkan helaian akuan penerimaan kepada pemohon.Selepas itu, kami perlu memasukkan nama pemohon ke dalam borang senarai nama. Setiap minggu semua borang diserahkan kepada chief clerk iaitu Encik Mohd Asri bin Alias untuk dihantar ke Lembaga Hasil Taiping.

No comments:

Post a Comment