Hala tuju syarikat
Hala
tuju Pejabat Daerah Dan Tanah Selama ialah menyediakan landasan dan suasana
bagi mengukuhkan lagi perpaduan rakyat. Pejabat Daerah Dan Tanah Selama juga
akan menyempurnakan asas persediaan sebagai sebuah negeri maju yang berasaskan
pembangunan industri dan pelancongan menjelang tahun 2000. Selain itu, syarikat
ini akan mencapai kemajuan yang seimbang di bidang pembangunan fizikal dan
spiritual. Syarikat ini juga akan mewujudkan di kalangan masyarakat negeri ini
budaya yang mengutamakan disiplin, ilmu, kerajinan dan ketekunan berusaha,
kecergasan fizikal dan mental, kebersihan dan keindahan alam sekitar. Disamping
itu, Pejabat Daerah dan Tanah Selama akan memastikan setiap anggota masyarakat
dapat menikmati peningkatan nilai hidup yang dicapai dari masa ke semasa.
Syarikat ini juga akan berusaha untuk membentuk masyarakat yang penyayang.
No comments:
Post a Comment