LATAR BELAKANG ORGANISASI
Pengenalan syarikat
Pejabat Tanah dan Daerah Selama merupakan
sebuah jabatan kerajaan yang fungsi utamanya ialah berkaitan dengan pengurusan
pentadbiran tanah.
Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan ialah berkaitan dengan Pembangunan
dan Perundangan Tanah, Penguatkuasaan, Urusan Pendaftaran, Kawal selia Hak
milik Strata dan Pengeluaran Bil-Bil Cukai Tanah.
Perkhidmatan di bawah aktiviti Pembangunan
dan Perundangan Tanah termasuklah Permohonan-Permohonan Tukar Syarat Tanah,
Pecah Sempadan/Bahagian Tanah, Pengambilan Balik Tanah, Pelupusan Tanah (Beri
milik dan Lesen Pendudukan Sementara).
Aktiviti Penguatkuasaan Tanah ialah tindakan
kawal selia ke atas tanah-tanah yang tertakluk kepada beberapa Akta
Pemeliharaan Tanah 1960, Warta Tali air, Enakmen air dan lain-lain, manakala
aktiviti pendaftaran termasuklah Pendaftaran Surat Hak milik dan Pendaftaran
Urus niaga (i.e Pindah Milik, Gadaian, Pajakan) dan pendaftaran bukan urus
niaga (i.e Kaveat).
Selain itu satu unit yang di namakan Unit Hak
milik masih lagi dikekalkan di mana unit ini bertanggungjawab untuk menukar
saki baki surat cara lama kepada Suratan Hak milik baru di bawah Kanun Tanah
Negara.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini disediakan dan
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa adalah selaras dengan hasrat untuk
terus menggerakkan pembangunan Hartanah Negeri Perak oleh sektor kerajaan dan
swasta. Saya percaya urusan-urusan
pentadbiran tanah yang licin dan cepat adalah merupakan pemangkin utama kepada
pembangunan hartanah di negeri ini.
No comments:
Post a Comment