Fungsi
Fungsi Pejabat Tanah ialah memungut
hasil tanah, merancang pemberian milik tanah kerajaan dan mengurus pendaftaran
urusniaga. Pejabat Tanah juga mengurus permohonan pengambilan balik tanah,
tukar syarat, pecah bahagian atau sempadan, kebenaran pindahmilik dan gadaian
oleh Y.A.B Menteri Besar Perak serta Perintah Lelong. Disamping itu, Pejabat
Tanah mengawal pelanggaran syarat ke atas tanah-tanah milik dan juga mengawal
penerokaan haram ke atas tanah kerajaan.
Selain itu, Pejabat Tanah juga menguruskan
permohonan penyelesaian Harta Pesaka Kecil. Pejabat Tanah turut menentukan
supaya tanah digunakan mengikut peraturan dan undang-undang tanah bagi
menghasilkan faedah yang optima kepada rakyat dan kerajaan. Seterusnya, Pejabat
Tanah juga menentukan pengurusan tanah di seluruh Daerah Kecil Lenggong
dilaksanakan mengikut undang-undang dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka juga menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang berkesan dan
sistematik.
UNIT
PELUPUSAN TANAH
Fungsi
Fungsi Unit Pelupusan Tanah ialah memproses
permohonan pemberian milik tanah, perizaban dan Lesen Menduduki Sementara ( TOL
). Unit Pelupusan Tanah juga memproses permohonan melombong.
UNIT
TEKNIKAL
Fungsi
Fungsi
Unit Teknikal ialah menyediakan laporan tanah bagi semua jenis permohonan. Unit Teknikal juga mengambil tindakan ke atas
Pendudukan secara tidak sah ke atas tanah kerajaan, rezab dan tanah lombong.
Pengeluaran dan pengalihan bahan-bahan batu secara tidak sah. Pelanggaran
Syarat tanah bermilik.
UNIT PENDAFTARAN
Fungsi
Fungsi Unit Pendaftaran ialah
mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara / Kekal / Sambungan / Ganti. Unit
Pendaftaran juga mengeluarkan Carian Rasmi atau Carian Persendirian. Selain
itu, Unit Pendaftaran menguruskan Pendaftaran Pindahmilik/ Pesaka / Gadaian /
Melepasan Gadaian / Pajakan / Melepaskan Pajakan. Unit ini juga menguruskan
Permohonan Kebenaran Pindahmilik Tanah / Mengadai. Disamping itu, Unit
Pendaftaran menguruskan Permohonan memasukan Kaveat.
UNIT BICARAKUASA
Fungsi
Fungsi Unit Bicarakuasa ialah
memproses permohonan bicarakuasa. Unit Bicarakuasa juga memproses Permohonan
Perintah Jual atau Lelong.
UNIT HASIL
Fungsi
Fungsi Unit Hasil ialah mengutip
bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran. Unit Hasil juga meningkatkan kutipan
cukai tanah dan mengurangkan tunggakan cukai tanah.
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
Fungsi
Fungsi Unit Pembangunan Tanah ialah
memproses permohonan Permit Bahan Batu. Unit Pembangunan Tanah juga memproses
permohonan Tukar Syarat. Selain itu, unit ini memproses permohonan Pecah
Bahagian dan Pecah Sempadan. Unit ini juga memproses permohonan Pengambilan
Tanah.
UNIT PELUKIS PELAN
Fungsi
Fungsi Unit Pelukis Pelan ialah mencatat
Laporan Awal untuk semua permohonan Tanah, Permit dan Galian. Unit Pelukis
Pelan juga menyediakan laporan pelukis pelan, membuat 'carting' dan merekod ke
dalam Buku Carta untuk semua permohonan tanah, permit dan galian. Selain itu,
unit ini menguruskan permohonan melihat, membeli dan mendapatkan pelan tanah.
Unit ini juga menyediakan pelan untuk ulasan atau rujukan jabatan teknikal,
pelan kertas mesyuarat JKTD / MMK, pelan PU & HSM, DHDK / DHKK, perin
mencarta dan lain-lain pelan yang berkaitan urusan Pejabat Tanah. Disamping
itu, Unit Pelukis Pelan mengawasi dan mengemaskini pelan litho, pelan topo dan
lain- lain pelan.